Sejak akhir2 ni, otak dipenuhi depu..
oleh kerana aku teringin sangat nak menDepu-kan diri, so sekarang ni aku dalam proses pengambilan / pembelian tanah pertanian. Sebelum ni target nak cari tanah di area Jeli Kelantan, tanah agak murah dalam RM30k seekar yang berada di tepi jalan dan 20min ke bandar Jeli. Tapi bila calculate balik, aku perlukan 5jam untuk sampai ke Jeli, hasrat dibantutkan.
So, sekarang ni cari tanah dalam area aku bermastautin dan terjumpa satu di area Mahang, 45min dari sini. Harga diminta adalah RM39k seekar. Menarik tu..
http://wikimapia.org/#lat=5.3015133&lon=100.6963602&z=17&l=0&m=b&v=8
Ada 4 lot tanah, sebelah menyebelah. 4 ekar, suku ekar, 2.2 ekar, 1.3 ekar. Selepas pergi tengok kawasan hari isnin 8 oktober 2012, hati terus berkenan. Cadangnya nak ambil yang 2.2 ekar tu, tapi seller tu cakap, kalau ambil 2.2 ekar, kena ambil yang 1.3 ekar tu sama, sebab yang 1.3 ekar tu takde access.
Tanah 4 ekar dan 2.2 ekar tu tepi jalan, Jalan Estet Sungai Taka K902. Dari tanah tersebut, lebih kurang 1km terdapat lebuh raya yg sedang dibina menghubungkan Bukit Merah / Baling. Tanah tu tanah pamah dan ada anak sungai mengalir di sempadan tanah 4 ekar dgn 2.2 ekar. Jadi, insyaALLAH tanam je pape akan subur..
Hurm...Decision decision...
Bincang ala kadar, then I have decided to take both 2.2 acres and 1.3 acres for the grand total price of RM137k. Cash price term... :-)
Jadi, 2.2 acres insyaALLAH jadi milik anak sulong dan anak ke-dua, yang seekar tu untuk the unborn baby. Ni kira macam wasiat la nii..
Disclaimer
I stand corrected if I am not factually right; My brain is sometimes not attached to my mouth, please take this under advisement; I will not be liable for any misunderstanding, misinterpretation or misconception perceived by anyone;
Thursday, 11 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment