Disclaimer
Tuesday, 25 March 2008
Al-Kautsar
"Inna a'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innash ania'ka huwal abtar".
Subject: RAHSIA SURAL-KAUTSAR
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disif atkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi
iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak , sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana let aknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi diza
limi.
Sunday, 23 March 2008
Money can buy happiness
Money can buy happiness
THURSDAY, March 20 (HealthDay News) -- Money can buy happiness, at least when you spend it on others.
That's the conclusion of a study appearing in the March 21 issue of Science. It found that spending on others brings people greater satisfaction than buying things for themselves.
What's more, most people seemed unaware of this hidden key to happiness, the researchers said.
"It's tied to 'pro-social' spending," said Elizabeth Dunn, lead author of the study and assistant professor of psychology at the University of British Columbia in Vancouver, Canada.
"Most research has looked at the relationship of how much people make and how happy they are," Dunn said. "We examined what they did with it. It's an obvious question but it hasn't been tackled."
Hikes in income can help boost happiness, but the effect is weak, prior studies have found. Research have also found that as the average income rises within a society, people's reported levels of happiness remain relatively static.
So is there something people could be doing with their cash to boost their mental well-being? The authors looked at the question in three different ways.
First they asked a nationally representative sample of 632 Americans (roughly equivalent between genders) to rate their happiness, report their annual income and estimate how much they spend on a typical month on different items, including gifts to others and donations to charity.
Those who had more of this "pro-social" spending were also happier, the team found.
Then they asked 16 employees to rate their happiness both before and after receiving profit-sharing from the company they worked for.
Those who gave away more of their bonus in a pro-social manner were, again, happier and this was true no matter how little or how grand the bonus.
Finally, 46 participants were given an envelope containing either $5 or $20 and asked to spend it that day. Individuals were randomly assigned to spend the money on personal items, or on a gift for someone else, including a charitable donation.
Those who spent their money on others reported greater "post-windfall" happiness than those who were looking out for themselves.
Still, most people spend more money on themselves than others (partly understandable given the influx of bills most households experience), but the authors suggest that as little as $5 may be enough to reap a happiness dividend.
"Reaching out and doing things for other people allows you to kind of create a community," said Dr. Alan Manevitz, a clinical psychiatrist at New York-Presbyterian Hospital/Weill Cornell Medical Center in New York City. "Social networks, we know, make people happier. It's all about creating social networks and community ties and having a sense of self that you feel is worthwhile so money therefore can be used in service of that."
And money is just one resource that can be used to that end, Dunn said. "All kinds of resources may be beneficial for our well-being," she added.
Friday, 21 March 2008
Lagu UMNO baru
Bersatu Kita Bersatu
Tinggal Um No pertubuhan penipu
Tindas rakyat sambil merapu
Rakyat Melayu dah makin layu
Bersatu Kita Bersatu
Pemimpin senang berumah batu
Kroni kaya anak menantu
Tinggal ahlinya hanya tengok batu
Bersatu Kita Bersatu
Anak Melayu dah jadi hantu
Agama disekat satu persatu
Ulamak di anggap sebagai hantu
Bersatu Kita Bersatu
Tanah pusaka di buang batu
Tukar milik pakai sukamu
Bangsa Melayu dah jadi kutu
Bersatu kita Bersatu
Bahasa Inggeris dah jadi satu
Matematik sains dah jadi haru
Um No tambah dasar penipu
Bersatu Kita Bersatu
Tinggalkan Um No kerana satu
Tindas Melayu atas Melayu
Masukkan tar jalan pun pilih bulu
Bersatu Kita Bersatu
Melayu pecahkan Melayu Baru
Anak kroni berkereta baru
Hak rakyat habuan di sapu
Bersatu Kita Bersatu
Bisasiswa Melayu di buang satu
PTPN dan Mara jadi along baru
Melayu mengganggur habis di buru
Bersatu Kita Bersatu
Pemimpin penipu usah dialu
Biar merana baru dia tahu
Alam Barzakh dan akhirat pasti dilalu
Mungkar dan Nangkir tak mungkin tertipu
Insaflah di dunia tahulah malu
Monday, 17 March 2008
Teori RAHMAN, PM Malaysia
TEORI “RAHMAN”: ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA MELALUI BARISAN ALTERNATIF
Ini satu cerita lama, tetapi saya perbaharui edisinya dengan menceritakan hakikat sebenar yang tersembunyi di sebalik teori ini. Yang tersirat di sebalik yang tersurat. Majoriti orang-orang UMNO termasuk pemimpin-pemimpin atasannya amat percaya dengan teori “rahman”. Tetapi sungguh malang sekali tafsiran mereka salah terhadap penghujung (akhiran) kisah teori ini. Saya minta anda mengambil sedikit masa membaca apa yang saya akan kupas di ruang yang terhad ini.
Tulisan ini yang mengupas teori “rahman” agak panjang sedikit namun saya mengharapkan setiap pembaca redha meluangkan masa anda membaca, meneliti serta menghayati perincian yang saya buat untuk renungan mahupun harapan kita bersama. Saya telah cuba untuk meringkas sependek mungkin tetapi hasilnya tetap panjang.
Apa yang saya bentangkan di sini saya akui ianya bukanlah menjadi milik saya maka dengan ini saya IZINKAN mana-mana pihak atau individu tertentu menyalin semula dalam bentuk apa sekali pun. Jika anda mahu jadikan ianya sebuah buku kecil (seperti kitab kecil Yaasin) untuk di sebar, dijual, maka silakanlah. Jika anda mempunyai modal apa salahnya. Lakukanlah. Saya yang bodoh, miskin, hina dan tidak mengerti apa-apa ini mendoakan semuga usaha anda berjaya, tetapi syaratnya mestilah berharga murah yang boleh dimiliki oleh setiap orang hatta pelajar sekolah sekali pun biarlah mampu membelinya.
Tidak perlu royalti diberikan kepada saya. Memadai pengenalan saya “Liang Lahad” digunakan sahaja sudah memadai. Cuma hanya dua (2) permintaan saya kepada mana-mana pihak yang mahu membuku, menerbit dan menjual artikal ini iaitu:
Pertama: Jangan membuat pindaan pada artikal ini sehingga boleh menjejaskan maksudnya.
Keduanya: Jika ada sedikit keuntungan hasil jualannya sumbangkanlah sedikit kepada parti komponen BA atau membantu membayar denda para reformis OKT (orang kena tangkap) atau OKP (orang kena pukul) yang didakwa oleh polis. Mungkin di antara OKT, OKP yang anda bantu itu adalah diri saya.
Saudara ku yang berilmu.
Anda sebagai pembaca mesti ingat bahawa ini bukanlah satu ramalan tetapi ianya lebih merupakan satu ‘formula’ seperti kebanyakan formula politik yang lain. Kita sentiasa faham ‘formula’ adalah simbol yang terbaik lagi mustajab dalam menyelesaikan apa juga masalah. Formula matematik menyelesaikan masalah matematik, formula sains menyelesaikan masalah sains maka begitu juga formula politik menyelesaikan masalah politik.
Apakah Teori “RAHMAN” ini?
Teori “RAHMAN” mengikut tafsiran orang UMNO adalah Tunku Abd Rahman (R), Tun Abd Razak (A), Datuk Hussein Onn (H), Dr. Mahathir (M), (A) ..masih kosong dan (N) ..tak tahu siapa.
Inilah andaian orang UMNO dan hari ini orang UMNO yang ada huruf “A” atau “N” pada pangkal namanya sedang berangan-angan, kononnya ada harapan akan jadi PM satu hari nanti.
Percayalah, Liang Lahad amat yakin sepenuhnya yang angan-angan mereka ini hanya tinggal angan-angan. Impian tidak akan terlaksana.
Saya pernah berdebat sesama rakan dalam UMNO di PWTC lapan tahun dulu bahawa tafsiran mereka itu salah dan mereka mempertikaikan saya. Mereka ketawa. Mereka mempermainkan saya. Pernah saya katakan kepada mereka “Memang Anwar akan jadi PM tetapi Anwar tidak boleh jadi PM di dalam UMNO kerana landasannya tidak serupa.” Mereka terus ketawakan kata-kata saya. Tetapi bermula September 1998 apabila Sdra Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO, orang-orang yang sama berdebat itu datang berjumpa saya dan minta saya jelaskan kembali “Teori RAHMAN” menurut pandangan saya. Lalu saya kupaskan kepada mereka satu persatu dengan jelas dan terperinci.
Di artikal yang ringkas ini saya perturunkan tafsiran saya mengenai “Teori RAHMAN” menurut pandangan saya untuk memperkuatkan semangat semua rakan-rakan reformis dan seluruh rakyat Malaysia yang mahu “Tumbangkan kezaliman tegakkan keadilan mempertahankan kebenaran” bahawa kita semakin hampir kepada kejayaan dan kemenangan.
APAKAH TAFSIRAN SAYA? Sila ikuti selanjutnya…
Cara mereka (orang UMNO) mentafsir ‘RAHMAN’ menggunakan huruf-huruf roman sedangkan ‘RAHMAN’ adalah bahasa Arab dan merupakan perkataan dalam Al-Quran. Ternyata sudah bahawa orang-orang UMNO ini amat buta dalam agama. Mana bisa satu kalimah Al-Quran bertulisan Arab diterjemah dalam tulisan rumi. Memang manusia di dalam UMNO adalah jenis manusia yang mengabaikan Al-Quran.
“RAHMAN” bukanlah ejaannya R.A.H.M.A.N tetapi di ambil sepenuhnya “AR-RAHMAN”. Ia adalah bahasa Al-Quran, kalimah Allah swt maka mestilah ejaan Arabnya ialah “Alif”, “Lam”, “Ra”, “Ha”, “Mim”, “Nun”.
Lihat mana ada huruf “Alif” selepas “Mim”. Jadi Abdullah Ahmad Badawi janganlah berangan-angan menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir. Kalau pun awak jadi PM hanya seketika, kerana kamu tidak layak kerana “Alif” lain yang lebih layak menurut tafsiran Liang Lahad. Kamu cuma sekadar mengisi “kekosongan” sementara “Alif” lain mempersiapkan diri menjadi PM yang sebenarnya.
Rahman bererti “Pemurah” dan sememangnya negara kita lahir dari sifat Pemurah Allah swt. Kita menikmati kemewahan, kemakmuran, kekayaan, kekuasan adalah disebabkan oleh sifat Rahman Allah swt kepada hambanya.
Huruf-huruf Ar-RAHMAN untuk pemimpin UMNO seperti berikut, “Alif”, “Lam” “Ra” adalah untuk dua orang Abd Rahman dan Abd Razak, “Ha” nama Hussein dan “Mim” nama Mahathir. “Nun” tidak ada nama bagi sesiapa pun selepas Mahathir. Kenapa pula? kerana “Nun” ianya bermakna “NAZAK”. Iaitu UMNO yang sebelum ini diterajui oleh pemimpinnya sebagai pemerintah negara ini sudah NAZAK. Ia juga membawa makna ‘tenat’. Umno menjadi tenat dan kemudiannya UMNO akan “MATI”.
UMNO bukanlah seperti yang dislogankan oleh pengikutnya “dulu, kini dan selamanya”. Bagi hamba Allah yang memahami Tauhid dan kejadian makhluk maka sudah cukup yakin UMNO adalah bersifat ‘baharu’ seperti kita juga. UMNO bukan ‘qodim’. Setiap yang bersifat baharu sudah pasti ada awal dan ada akhirnya. Kata-kata di dalam sebuah kitab lama “Awal bermulanya kita, TIADA, khudrat Allah swt menjadikan, ADA, tetapi akhirnya TIADA. Kita inilah yang tiada. Maka Allah swt jualah yang ada.”
Oleh itu kalimah “UMNO: Dulu, Kini dan Selamanya)” itu adalah sesuatu tanggapan bahawa UMNO bersifat “Qodim” dan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mengatakan hanya Allah swt sahaja yang bersifat Qodim. Kalimah slogan UMNO ini sudah cukup menjadikan orang syirikkan Allah swt. Oleh itu apabila kita berjumpa orang-orang UMNO yang mengatakan atau lekatkan sticker “UMNO: Dulu kini dan Selamanya”. Yakinlah secara tidak sedar mereka telah mensekutukan Allah swt.
Dosa yang tidak diampunkan oleh Allah swt adalah dosa orang yang mensyirikkanNya.
Oleh kerana UMNO bersifat ‘baharu’ maka dia pastinya akan musnah. Berbalik kepada teori “rahman” ini iaitu selepas “Mim” maka “Nun” akan menjelma yang membawa maksud NAZAK. Memandangkan keadaan terkini, UMNO hari ini memang nyata UMNO cukup NAZAK. Maka tidak mustahil setiap yang nazak pasti akan mati.
Habis selepas UMNO siapa pula akan ambil alih negara ini?
Ar-Rahman adalah sifat ‘Pemurah’ Allah swt yang Maha Agong, Maha Kaya, Maha Bijaksana lagi Maha Perencana yang Terbaik. Atas sifat Ar-Rahman inilah maka kita dikurniakan oleh Allah swt dengan rezki yang melimpah, kemakmuran, kekayaan, kesenangan, kesihatan, kejayaan dan lain-lain lagi. Anugerah yang kita terima ini disalurkan oleh Allah swt kerana tiga pemimpin yang terdahulu yang menaburkan benih dan menanam usaha yang murni.
Tunku Abdul Rahman membuat pelantar atau ‘tapak usaha’ bagi penggantinya memulakan benih-benih kemakmuran dan kejayaan. Kemudiannya Tun Abdul Razak sebagai pengganti mengusahakan benih kejayaan atas nama pembangunan negara. Tanah-tanah baru diteroka dan ditanam dengan berbagai tanaman ‘bumi hijau’, perut bumi dikaji untuk diketahui isi khazanahnya, laut diselami untuk menggeledah kekayaannya dan berbagai lagi. Impian Tun Razak hanya satu iaitu supaya rakyat mendapat manfaatnya.
Ketika Datuk Hussein Onn mengambil alih teraju negara segala ‘benih kejayaan’ yang ditinggalkan oleh Tun Razak belum lagi berbuah dengan lebat. Kalau ada pun hasilnya baru sekadar berbunga dan berputik. Hasil dari ‘benih kejayaan’ yang ditinggalkan oleh Tun Razak tidak sempat dipetik oleh Datuk Hussein Onn kerana dia meletakkan jawatan akibat tekanan Timbalannya.
Ini seumpama nenek yang menanam di dusun durian. Dia dan anaknya tidak sempat memakan dan memetik hasil tetapi sebaliknya cucunya yang akan puas memakan buahnya, menjual berbakul-bakul dan akhirnya hidup bermewah.
Maka begitu jugalah dengan Mahathir. Dia tidak payah berusaha keras. Apabila sahaja dia memegang teraju pemerintahan segala ‘benih-benih kejayaan’ yang diusahakan oleh Tun Razak telah membuahkan hasil. Mahathir hanya memetik dan membelanjakannya saja. Dia hanya perlu menyediakan lori. Sebab itu di zaman Mahathir, rakyat merasa sedikit kesenangan kerana semua asas kesenangan telah diusahakan oleh Tun Razak dahulu.
Ketika Mahathir mengambil alih kuasa, Felda mengeluarkan kelapa sawit dan getah, Petronas semakin melimpah ditumpahi minyak, anak-anak Melayu sudah pun pandai menulis dan membaca, kelas dewasa telah berjaya membasmi masyarakat buta huruf, mereka yang keluar negara di zaman Tun dan Datuk Hussein mula balik menabur bakti. Ini cukup memudahkan Mahathir mengutip hasil dan bermewah dengan hasil itu.
Inilah sifat Rahman Allah swt yang kasih kepada kita rakyat Malaysia. Oleh itu Mahathir jangan mendabik dada kononnya kejayaan Malaysia hari ini atas usaha dan kegigihannya. Kemewahan Malaysia di zaman Mahathir sebenarnya adalah ditetapkan atas perancangan Allah swt kerana usaha gigih pemimpin yang terdahulu. Allah swt mentakdirkan “Mim” itu adalah MUNAFAAT. Dan MUNAFAAT ini untuk rakyat MALAYSIA kerana Tunku meletakkan Islam agama rasmi Malaysia.
Bermakna “Mim”, MUNAFAAT untuk MALAYSIA, majoriti rakyatnya MUSLIM beragam Islam yang menurut sejarah mula bertapak di MELAKA. Sejarah Islam itu berkembang di MADINAH selepas berhijrah dari MEKAH yang dibawa oleh Nabi MUHAMMAD saw. Lihatlah betapa banyaknya huruf “Mim” pada perkataan yang dinyatakan di atas. Inilah betul-betul RAHMAT Allah swt yang mentakdirkan untuk kita. Kejayaan kita bukan kerana Mahathir tetapi kerana adanya RAHMAT Allah swt.
Kita kembali kepada ‘Teori Rahman’ selepas “Mim” akan berganti oleh “Nun”. NAZAK. UMNO menjadi NAZAK selepas Mahathir jatuh atau dijatuhkan. Sudah jelas sekarang pengganti Mahathir bukanlah mampu dibawa oleh orang di dalam UMNO lagi. Kenapa pula?
Teori RAHMAN sudah berakhir selepas Mahathir. Oleh itu siapa pula yang mengambil alih teraju negara? Mari kita kembali kepada perkataan yang teratas sekali di dalam Kitab Suci Al-Quran Nul Karim iaitu “BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM”. ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’.
Seperti yang saya nyatakan di artikal saya sebelum ini di laman-laman web pro reformasi bahawa abad ini adalah abab kebangkitan Islam sedunia dan rantau Asia Tenggara. Ini bermaksud abad ini adalah zaman orang MUKMIN mentadbir negara dengan penuh adil dan kasih sayang kerana orang Mukmin sentiasa taat kepada perintah Allah swt dan akan berusaha menjadikan dirinya hamba Allah.
Kasih sayang adalah sifat AR-RAHIM Allah swt seperti yang dilafazkan di hujung kalimah Bismillah…
Kalimah AR-RAHIM bermula dengan huruf “Alif”. Ini membawa maksud selepas Teori Rahman iaitu berakhirnya Mahathir, UMNO mati. Nazak dan Noktah “Nun”.
AR-RAHIM pula muncul. Rakyat bangun menuntut dilaksanakan “Alif” petama iaitu ISLAH (reformasi). Mereka mahukan kerajaan yang adil yang IHSAN kepada rakyat. Negara yang AMAN pemimpin yang IKHLAS.
Kemudian keseluruhan rakyat mahukan ISLAM ditegakkan kerana ISLAM adalah agama ALLAH bagi orang yang berIMAN.
Cuba lihat betapa banyak “Alif” yang muncul pada maksud kalimah AR-RAHIM ini. Antaranya ialah ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Inilah tuntutan kehendak rakyat Malaysia kepada pemimpin pengganti selepas Mahathir nanti.
Kalau kita lihat kepada tuntutan-tuntutan ini maka nama seperti Abdullah Badawi tidak mampu memikul apatah lagi melaksanakan tuntutan rakyat ini. Walau pun Abdullah Badawi juga mempunyai “Alif” (jika betul Alif) pada namanya tetapi “Alif” yang dia miliki tidak berupaya membawa kehendak rakyat Malaysia. Itulah sebabnya di awal tadi telah saya nyatakan bahawa Abdullah Badawi kalau pun menjadi pengganti Mahathir tetapi duduknya hanya seketika. Lagipun Abdullah bukan “Alif” mungkin dia “A’in”.
Maka kalau Abdullah naik pun dia hanya duduk sementara menunggu “Alif” yang sebenar mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang sebenar-benarnya, yang menjadi pemimpin atas Izin, keHendak dan Redha Allah swt. Abdullah Badawi akan akan duduk sementara kerana dialah yang akan menguruskan pengkebumian UMNO yang kini Nazak.
Jadi kalau bukan Abdullah Badawi maka “Alif” mana pula yang sebenarnya? Mari kita kembali lagi sekali kepada “Bismillahirrahmanirrahim”. Berapa “Alif” yang ada dalam kalimah ini? Ada tiga (3) “Alif” bukan?
Kalau ada tiga “Alif” bermakna untuk tiga orang. Orang yang pertama Abdullah Badawi (kalau dia Alif lah: Alif pada namanya masih samar) hanya duduk sementara UMNO dikebumikan. Selepas UMNO dikuburkan oleh Abdullah Badawi maka Abdullah Badawi sendiri akan diturunkan dari kerusi Perdana Menteri. Selepas Abdullah Badawi diturunkan maka “Alif” kedua pula akan naik. “Alif kedua ini juga masih samar antara Alif dan ‘Ain. Tapi tidak mengapa kerana dia juga bersifat sementara kerana “Alif” ke 3 iaitu “Alif” yang sebenar-benarnya masih di dalam proses untuk penyempurnaan haq.
Anda tentu bertanya siapakah “Alif” kedua itu? Maka jangan marahkan saya kalau saya katakan “Alif” kedua itu adalah AZIZAH. (Telahan saya berasaskan ejaan jawi Wan Azizah bermula Alif bukan “‘Ain” yang dieja ruminya A’zizah).
Azizah juga naik menjadi PM hanya untuk sementara iaitu untuk menunggu selesai proses pilihanraya kecil salah satu kerusi parlimen yang dikosongkan untuk ANWAR IBRAHIM (ada dua “Alif” untuk Anwar dan Ibrahim). Selepas dua “Alif” ini ANWAR IBRAHIM menang mudah pilihanraya kecil parlimen maka berlakulah pertukaran kuasa yang sebenarnya.
“Alif” inilah yang mampu membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang yang berteraskan kepada pedoman Al-Quran untuk memberikan kasih sayang (AR-RAHIM) kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum atas tuntutan ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Lihat semuanya “Alif”.
Maka itulah ANWAR IBRAHIM merasakan penderitaan, penyiksaan, kezaliman, aib dan maruahnya dijatuhkan sebegitu hebat kerana ketika pelaksanaan Teori AR-RAHMAN semua perkara yang melibatkan kasih sayang (AR-RAHIM) diabaikan oleh Mahathir.
Semuga apabila ANWAR IBRAHIM (dua Alif) menerajukan negara ini nanti, INSYAALLAH, semua yang telah menyimpang jauh dari kasih sayang Ar-Rahim akan diperbetulkan termasuklah dalam semua bidang dan institusi kerajaan yang kini dilacur dan diperkosakan oleh Mahathir.
Betapa institusi ini dilacur dan diperkosa oleh Mahathir, ANWAR IBRAHIM telah melihat sendiri dengan matanya, merasai perit dengan tubuhnya, memegang dengan tangannya, melangkah dengan kakinya, mendengar dengan telinganya, berbicara dengan lidahnya dan menghidu dengan hidungnya. Semuanya ini memerlukan ISLAH yang besar dan saya yakin ANWAR IBRAHIM mampu melaksanakannya di bawah payung BA (Barisan Alternatif). Alif juga.
Tanda-tanda nilai-nilai AR-RAHIM, kasih sayang dan perpaduan antara kaum di negara ini telah berbuah di dalam Barisan Alternatif sekarang. Walaupun UMNO cuba merosakkan nilai kasih sayang ini dengan berbagai cara namun ianya tetap gagal dan akan terus gagal.
Kasih sayang dan perpaduan hanya akan wujud dilaksanakan di dalam Barisan Alternatif (BA). Mereka boleh laksanakan kasih sayang itu kerana mereka bukan berfahaman perkauman. Kalau kita kaji semula, berani saya mengatakan bahawa dalam parti-parti komponen Barisan Alternatif (BA) seperti PAS, keADILan, DAP serta PRM tidak satu pun parti-parti itu berfahaman perkauman. Semua parti-parti ini mempunyai ahli-ahli dari berbagai kaum. Tidak seperti UMNO dengan Melayunya, MCA dengan Cinanya dan MIC dengan Indianya.
Saya berdoa ke hadrat Allah swt dengan berkat kekasihnya Nabi Muhammad saw agar menjadikan negara ini dipimpin oleh seorang manusia yang bersifat insan penuh kasih sayang, taat kepada perintahNya, taqwa pada Allah swt. Pemimpin yang penuh tawaduk, zuhud dan mementingkan kehendak rakyat lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Amin.
Sekian saya mengupas Teori Rahman yang sentiasa menjadi bualan dan panduan orang-orang UMNO hingga hari ini.
“KEMBALIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK”
“ANWAR IBRAHIM: ADA HAQ PADA PERJUANGAN MU”
LIANG LAHAD
22 Januari 2001
Wednesday, 12 March 2008
Ketuanan Melayu dan Menteri Besar Perak
| Ketuanan Melayu dan Menteri Besar Perak |
| Ali Bukhari Amir Thu | Mar 13, 08 | 12:37:16 am MYT | |
| Sekitar 1999 atau mungkin 2000, saya dan rakan-rakan mahasiswa pernah bertemu Dato' Dr Siddiq Fadhil atas nama kunjungan dan ziarah. Kalau tidak salah saya, beliau pernah menjadi ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak. Beliau kini adalah Presiden Wadah dan mantan Presiden Abim sekitar 80-an. Rumahnya di Sg Ramal, Kajang. Ziarah kami bertujuan bertukar-tukar pandangan tentang pengalaman lalu dalam gerakan Islam dan pandangan beliau berhubung politik negara serta isu semasa. Ada hal-hal menarik berhubung pandangannya yang ingin saya catatkan di sini. Antaranya, yang terpenting adalah hal Ketuanan Melayu. Entah bagaimana beliau dengan tiba-tiba berminat bercakap hal tersebut. Tapi, tatkala teringatkan bahawa beliau memang ahli dan dalam hal berkenaan, saya cuma menadah telinga mendengar setiap isi butiran percakapannya. Jika beliau terbaca coretan saya ini, harapan saya agar beliau dapat membetulkan apa-apa yang mungkin tersalah dan tersilap tentang fakta-fakta yang ditemukan dalam tulisan ini. Ini kerana, hal ini agak lama dan izinkan saya mengoyak cebisan ingatan lama dan tampal semula di coretan ini. Jadi, mana-mana yang masih berlubang di sana-sini haraplah dapat ditampung. "Saya tidak percaya anak-anak muda masuk Umno di atas niat perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Selepas Reformasi, saya percaya ada dua sebab saja mereka ini masuk Umno. "Pertama, mereka mahukan duit dan projek. Keduanya, � (mereka) bodoh sangat!" kata beliau. Saya dan rakan-rakan cuma tertawa mendengar kata-katanya bersulam kemarahan itu, ditambah pula dengan telor loghat Jawanya. Baginya, Umno bukanlah pihak yang memperjuangkan Ketuanan Melayu. Dan, beliau ada bukti kukuh berhubung hal itu. Isterinya, Dr Siti Zulaikha cuma mendengar saja perbualan kami, kurang bercakap. Mungkin tidak mahu mengganggu perbualan tersebut. "Nak tahu buktinya?" soal beliau. Saya mengangguk penuh minat. "Tunggu sekejap, saya ambil tesis disertasi saya." Dan, beliau pergi ke bilik bacaannya seketika. Sikap kesungguhan beliau berhujah itu menyebabkan saya dapat mengagak inilah tingkah laku seorang ahli akademik; sentiasa berminat dan sanggup mengejar bahan bukti sokongan sebagai cara atau langkah guna menyempurnakan hujahnya. Saya tidak fikir calon BN Parlimen Pokok Sena mempunyai sikap sedemikian. Agaknya, jika calon BN yang kalah itu dicabar untuk membentangkan semula rumusannya mengenai politik Kedah yang berpuak-puak, beliau sendiri pun tidak berani kerana tesis di UUM itu mungkin bukanlah hasil daripada penyelidikan dan penulisannya sendiri. Saya rasa PMN, PKPIM, Gamis, SMM, Karisma, dan badan-badan pelajar yang lain dapat menyediakan tempat untuk beliau bersyarah di UUM atas tajuk itu dengan kehadiran NC UUM, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi. Ini perlu sebagai bukti; tesis itu hasil cetusan fikirannya sendiri. Umno menolak Ketuanan Melayu? Dr Siddiq kembali kepada kami dengan tesis tebalnya yang saya sudah lupa tajuknya. Penyelia beliau adalah Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang pada saat itu ialah pensyarah UKM. Kajian itu mungkin berkisarkan hal-ehwal Melayu. Mungkin hal politik Melayu dan kebudayaan Melayu. Yang sempat saya ingat dan catit, menurut tesis itu bahawa hal Umno menolak Ketuanan Melayu memang tercatat di dalam Parliamentary Debates entah volum ke berapa, saya tidak ingat. Tapi, beberapa hal penting adalah sebagai penjelasan di bawah ini:- Parti yang berusaha keras memajukan usul berhubung Ketuanan Melayu ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang menggesa agar usul itu diperjelaskan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu dibuat bagi menjelaskan negara ini milik Melayu. Usul tersebut, kalau tidak salah ingatan saya telah dibawa oleh seorang ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu, Haji Hassan Adli. Bagaimanapun, usul tersebut ditolak oleh Umno pada ketika itu dengan menggunakan kuasa majoriti 2/3 daripada suara ahli-ahli Parlimen. "Jadi, bagaimana Umno boleh mendakwa mereka menegakkan Ketuanan Melayu?" soalnya. Peristiwa dialog perbincangan antara kami dengan Dr Siddiq itu telah berlangsung dalam 8 ke 10 tahun lalu. Tetapi, ia masih tetap kekal relevan untuk didebatkan jika Hishammuddin Tun Hussein melihat dirinya sebagai wira Melayu dengan mengangkat keris Panca Warisan. Tahun berikutnya ketika Hishammuddin tidak lagi mengangkat keris itu dalam 'Muktamar' Umno, Naib Presiden beliau, YB Khairy Jamaluddin pula bersuara dengan lagaknya: "Jangan risaukan kata orang. Keris sudah terhunus, bila lagi mahu menikam?" Kedua-dua tokoh muda Umno itu sama saja perangainya. Buta perut dan tak belajar sirah perjuangan Melayu Islam dengan betul, cermat dan niat suci. Agak-agaknya, bagaimana mereka mahu menyanggah hujah yang dibentangkan di dalam tesis Dr Siddiq Fadhil itu? Jangan-jangan, mereka sendiri pun tidak tahu-menahu soal itu! Bangsa lain akur Ketuanan Melayu secara tersirat Dr Siddiq menambah, dalam hal Ketuanan Melayu ini, secara tersiratnya, bangsa lain pun sudah mengakui kewujudannya. Beliau menarik perhatian kami berasaskan perbualannya bersama seorang ahli politik DAP di Perak sebelum ini, mungkin di Kinta atau di Ipoh. "Saya tak tahu apa pendirian kaum Cina dan ahli politik yang lain. Tetapi, yang ingin saya sampaikan di sini adalah pandangan beberapa orang pimpinan DAP di Perak sendiri. "Mereka sendiri beritahu saya bahawa ini negeri Melayu. Walaupun mereka menang, tapi peluang untuk menjadi Menteri Besar itu mustahil. Semua ini kerana sultan akan memilih orang Melayu sebagai Menteri Besar pada akhirnya," kata beliau. Saya renung hal itu dalam-dalam. Di India sudah tiada kuasa maharaja seperti zaman dan era yang lalu ketika raja berkuasa dengan hebatnya. Di China, melalui Revolusi Budaya 1911 oleh Dr Sun Yat Sen, sistem beraja Dinasti Manchu telah digulingkan. Semua ini berlaku dengan sebab British menjajah kedua-dua negara itu. Tapi, hal ini berbeza di Tanah Melayu. British melalui perlembagaan dan desakan orang-orang Melayu telah memutuskan kedudukan raja-raja Melayu sebagai penaung Islam di negeri-negeri. Menurut catatan sejarah, khasnya Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu telah pun mula mendapat kedudukan seperti itu, iaitu sebagai penyelamat dan pelindung agama. Merah Silu dan lain-lain raja Melayu dilaporkan telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan esoknya mereka menerima kehadiran mubaligh Islam. Serentak dengan itu, apabila rajanya telah menganut Islam, maka seisi negerinya memeluk ajaran Islam. Tapi, peristiwa istimewa dan kejadian seumpama ini jarang disebut dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain. Kedudukan raja-raja Melayu sebagai pelindung Islam tidaklah boleh disamakan dengan gambaran mengenai pembesar Melayu sebagai pembela Islam walaupun mereka menokok tambah Islam dengan lipstik kosmetik bermodalkan jenama hadhari. Buktinya, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pembesar Melayu tetap kecundang walaupun �kalimah toyyibah� Islam Hadhari tersebut bergema di mana-mana melalui tetuang udara dan tv. Rakyat secara jumhur telah menolak gagasan itu kerana zalimnya pembesar itu berserta angkatan-angkatannya. Ringkasnya, berbanding pembesar, raja Melayu mempunyai kedudukan lebih jelas sebagai pelindung, penyelamat dan pembela Islam berasaskan susur galur sejarah yang diperjelaskan melalui Sulalatus Salatin. Bahaya hijau, Hizbul Muslimin di Perak Ketika mengenangkan kedudukan Dr Siddiq sebagai ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak, saya teringat ucapan seorang pemimpin Perikatan yang lantang menyebutkan darihal ancaman 'bahaya hijau' dan 'bahaya merah' pada suatu masa dahulu. "Bahaya merah itu komunis dan bahaya hijau itu datangnya daripada gunung. Gunung itu adalah Gunung Semanggol," kata pemimpin itu lebih kurang yang terlintas di ingatan. Hizbul Muslimin yang diharamkan British bermuara dari desiran tiupan angin perubahan di Ehya� as-Syarif Gunung Semanggol, Perak. Masyhurnya tempat ini sehinggakan namanya pernah disebut sekilas di dalam filem P Ramlee (Nasib Do Re Mi). Perjuangan mantan Presiden PAS Dr Burhanuddin al-Hulaimy kebanyakannya bertumpu di negeri Perak. Inilah antara imbuhan saham kredit yang menunjukkan peranan PAS di Perak hadir sebagai pergerakan menentang penindasan penjajahan British di negeri itu. Kini, PAS telah berjuang membebaskan rakyat daripada cengkaman penjajahan Umno-BN yang terkenal sebagai anak didik British sejak dulu, kini dan mungkin buat selama-lamanya. Melihat hal ini, tidak salah jika diberi ruang kepada PAS untuk mentadbir negeri berkenaan. Kami akhirnya pulang daripada rumah Dr Siddiq setelah lewat malam, sedangkan beliau masih rancak bercerita darihal pengalaman lalu. Sambil mengucapkan terima kasih di atas penerangan dan perkongsian ilmu, beliau berkata: "Apa lagi yang boleh kami sebagai orang tua mahu sumbangkan kepada anak-anak muda dalam jemaah kini? Ini saja yang ada," kata beliau, sambil mengiringi kami keluar rumah. Di luar rumah, sama keadaannya ketika kami tiba awal tadi. Iaitu ada kira-kira 6 hingga 7 ekor kucing sedang menunggu di luar pintu untuk masuk ke dalam rumahnya. Semua ini menarik perhatian. Sempat juga dia berseloroh mengenai kucing-kucing itu. Gurauan yang penuh bermakna. "Pintu ini terpaksa ditutup. Kalau tidak, kucing akan masuk. Kalau dibuang, rasa kasihan dan tidak adil pada perjuangan ini. Kita selalu sebut keadilan� keadilan�" ketika ini tangannya diangkat seperti gaya sedang berpidato. Lalu, dia menambah � "Tapi, kucing kita sendiri pun tidak dapat dibela, diberikan keadilan kepadanya," kata-kata itu membuat saya ketawa sendirian dan hal itu masih melekat di ingatan sehingga kini. Adakah kita sebagai khalifah dapat melaksanakan amanah selepas mandat diberikan rakyat? Walhal, kalau tidak salah saya, Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah berkata, "Kalau ada seekor keldai yang mati kelaparan, maka Umarlah yang akan bertanggungjawab." Semua inilah yang menjadi bahan renungan fikiran saya dan malah menjadi igauan mimpi ngeri tatkala mengenangkan Barisan Rakyat telah diberi mandat oleh rakyat kini. Sekolah Pemikiran Pendang, |
(dicedok tanpa olah dari harakahdaily.net)