Alangkah bertuahnya rakyat Turkmenistan, dapat minyak FREE.. Walaupun hanya 120liter sebulan, sekurang2nya dapatlah jugak mereka rasa minyak FREE.
Disedut tanpa olah dari Utusan Online, 10Feb 2008, bahagian Luar Negara
pautan terus
Rakyat Turkmenistan dapat minyak percuma
ASHGABAT 9 Feb. – Kerajaan Turkmenistan hari ini mengumumkan pemberian minyak petrol percuma kepada rakyatnya pada setiap bulan.
Pemilik kereta akan mendapat 120 liter minyak dan pemandu lori, traktor serta bas pula mereka akan mendapat 200 liter manakala penunggang motosikal pula memperoleh 40 liter.
Pengumuman tersebut telah dikeluarkan dalam akhbar milik kerajaan, Neutral Turkmenistan.
“Pemilik kenderaan akan diberikan kupon yang memberikan mereka hak mengisi secara percuma di stesen minyak,” lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan minyak melebihi dari had yang ditetapkan mereka terpaksa membayar sendiri mengikut harga pasaran.
Turkmenistan yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak, mempunyai corak pemerintahan yang menyamai Rusia di mana ekonomi negara di kawal oleh kerajaan pusat.
– AFP
Disclaimer
I stand corrected if I am not factually right; My brain is sometimes not attached to my mouth, please take this under advisement; I will not be liable for any misunderstanding, misinterpretation or misconception perceived by anyone;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment