Disclaimer

I stand corrected if I am not factually right; My brain is sometimes not attached to my mouth, please take this under advisement; I will not be liable for any misunderstanding, misinterpretation or misconception perceived by anyone;

Wednesday, 27 February 2008

Cubaan culik budak dalam lif

Cubaan culik budak dalam lif

dapat dari emel.. 22 Feb 2008

Berwaspada pada lelaki dalam gambar cctv ini, mungkin ada kaitan dengan kes penculikan kanak-kanak yang berlaku sekarang.

Suspek akan memujuk mangsa dengan bertanya pelbagai soalan dan akan mengajak mangsa minum.

Kejadian ini telah berlaku baru ini di kawasan taman melati. Kejadian dapat dirakam melalui cctv yang baru beroperasi sejak kejadian Arwah Nurin dan kehilangan Syarlini.

Pada gambar tersebut mangsa dapat melepaskan diri daripada ditarik kedalam lif oleh suspek tersebut.

Pastikan anak kita tidak terpedaya dengan pujukan suspek tersebut.






laporan akhbar 28 Feb 2008

Cubaan culik budak dalam lif

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Keresahan berhubung beberapa kejadian culik kanak-kanak perempuan kembali menghantui masyarakat berikutan penyebaran e-mel menunjukkan seorang lelaki cuba memperdaya dan menculik seorang kanak-kanak perempuan di dalam lif.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, lelaki memakai kemeja-T hijau dan bertopi dilihat cuba menghimpit seorang kanak-kanak perempuan yang bersendirian dalam lif.

Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan bertudung putih terbabit yang ketakutan berjaya melarikan diri sejurus pintu lif terbuka.

Gelagat mencurigakan lelaki terbabit berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan dalam lif berkenaan.

Wartawan Harian Metro yang menerima enam keping gambar rakaman CCTV terbabit melalui e-mel semalam mendapati ia turut menyelitkan tarikh dan waktu kejadian selain lokasi di lif 2, Blok 34, Pangsapuri Tioman di sini.

E-mel berkenaan memberitahu kejadian terbabit berlaku di Taman Melati.

Pengirim e-mel itu mendakwa CCTV terbabit baru beroperasi berikutan kejadian pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin dan penculikan Sharlinie Mohd Nashar.

Dia meminta orang ramai berwaspada kerana khuatir lelaki itu mempunyai kaitan dengan kedua-dua kes terbabit.

Menurutnya, taktik lelaki itu ialah memujuk mangsa dengan bertanyakan pelbagai soalan sebelum mengajak minum.

Bagaimanapun, berdasar gambar berkenaan, mangsa dapat melepaskan diri daripada ditarik ke dalam lif oleh suspek.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang meneliti enam gambar e-mel berkenaan mendapati gambar pertama menunjukkan lelaki itu memasuki lif pada jam 6.27 petang.

Gambar kedua pula menunjukkan dia menekan butang lif sambil berdiri berhampiran seorang kanak-kanak perempuan bertudung yang dianggarkan berusia sekitar sembilan hingga 12 tahun, manakala gambar ketiga dan keempat, suspek yang bertubuh kurus tinggi dilihat seolah-olah cuba menghimpit mangsa ke dinding kanan lif sambil tangan kanan memegang telefon bimbit.

Lelaki berambut pendek yang membelakangi kamera CCTV kemudian cuba memujuk mangsa dengan bercakap sesuatu.

Gambar keenam pula menunjukkan kanak-kanak terbabit keluar dari lif dengan wajah cemas sambil lelaki itu terus memandangnya dari dalam lif.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md Yassin yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu lelaki terbabit sudah ditahan, baru-baru ini.

“Dia (lelaki berkenaan) ditahan sepasukan anggota polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments: